Kelas Tajwid PERCUMA

Seronoknya! Pengalaman Belajar Tajwid Yang Sangat Ranggi

Assalamu’alaikum, di sini DinSteady.com rasa terpanggil untuk mewar-warkan kepada semua tentang kelas tajwid yang dikendalikan oleh seorang ikon mahasiswa UPSI iaitu tuan guru saudara Abdul Hakim Wan Mohd. Nor, mantan Naib Yang Dipertua Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) UPSI. Pengalaman saya sendiri yang mengikuti kelas ini terasa begitu berlainan sekali kerana saya dapat belajar satu-satunya ilmu yang tidak pernah diajar ketika saya di sekolah seperti kelas fardhu ain pada masa dahulu. Kelas yang diadakan pada setiap hari Ahad bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi di Bilik Seminar Masjid Jamek Tanjung Malim. Terbuka kepada semua peringkat umur. Tiada dikenakan bayaran pun. Belajar teknik bacaan AL-Quran yang betul secara PERCUMA!!! 

Kaedah pengajaran secara kreatif dan efektif dari tuan guru Abdul Hakim.

Kaedah pembelajaran yang begitu jelas dan mudah difahami membuatkan kami begitu seronok dan teruja membaca Al-Quran disamping dapat menggali lebih harta karun yang tersebunyi di dalam Al-Quran. Keadaan kelas yang sangat kondusif membuatkan kami dapat belajar dengan tenang sekali. Proses pembelajaran berpandukan kitab suci Al-Quran ditambah pula dengan modul Cepat Tajweed memudahkan lagi kami memahami hukum-hukum tajwid di dalam Al-Quran. Boleh hubungi terus 019-452 1989 untuk pembelian modul Cepat Tajweed. Isi kandungan dan teknik penulisan di dalam modul Cepat Tajweed yang begitu SEMPOI menambahkan lagi keterujaan kami dalam mempelajari teknik bacaan Al-Quran dengan betul.

Keseronokkan mempelajari teknik bacaan Al-Quran

Kenali siapakah Tuan Guru Saudara Abdul Hakim Wan Mohd. Nor?

Belajar teknik bacaam Al-Quran bertajwid tanpa mengira usia dan latar belakang. Yang tua dan yang muda terserlah keterujaannya ketika sesi pembelajaran berlangsung.
Mencari ilmu tiada penghujungnya. Mukjizat Al-Quran akan menerangi kubur kita yang dalam kegelapan ketika kita mati. Marilah sertai kami. Seronoknya mengaji Al-Quran…

 

5 responses to “Kelas Tajwid PERCUMA”

    • Wassalam… Masih ada lagi. Tuan boleh berhubung terus dengan Ustaz Hakim Rich Aulad (019-4521989)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *